ADUN Kabong Serah Geran MRP Kepada Masjid Ar-Rahim, Gerigat

KHAMIS, 22 APRIL 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turun padang meninjau ke Kampung Gerigat pada Rabu.

Dalam tinjauan itu, beliau berkesempatan menunaikan solat Zohor berjemaah dan menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada pihak Masjid Ar-Rahim di situ.

Sebelum ini, bumbung dan dinding masjid itu telah dibina baru menerusi geran MRP dan siap pada awal tahun 2021.

Hadir sama, Ketua Kampung Gerigat Darat,Abang Syarif Abang Fadil, dan Pengerusi Masjid Ar-Rahim, Jelani Ahmad.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Nelayan Kawasan Gerigat dan mendengar taklimat dan maklumat daripada Pengurus Pusat Nelayan Kawasan Gerigat, Stredella Romina Lynne.

Kampung Gerigat ini amat terkenal dengan pelbagai hasil tangkapan laut.-EDISI UKAS

Share

add comment