ADUN Kuala Rajang Sumbang Bantuan Makanan Kepada Rumah Malong

KHAMIS, 22 APRIL 2021

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh melalui Pusat Khidmat PBB Kuala Rajang telah menyampaikan bantuan makanan keperluan harian kepada penduduk di Rumah Malong, Sungai Melaban, Sare pada Khamis.

Rumah Malong telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 April sehingga 3 Mei 2021 berikutan terdapat kontak rapat kes positif COVID-19 dikesan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei.

Kawalan pergerakan sepenuhnya (lockdown) dikenakan serta merta terhadap rumah panjang yang mempunyai 17 pintu dan seramai 90 penduduk bagi memastikan keselamatan dan memutuskan rantaian penularan.

Bantuan makanan itu diharap dapat membantu meringankan beban penduduk yang telah dikenakan arahan kawalan pergerakan. – EDISI UKAS

Share

add comment