ADUN Tellian Sumbang Bungkusan Makanan Asas Kepada Penduduk Petanak

KHAMIS, 22 APRIL 2021

MUKAH : Sebanyak 26 bungkusan berupa beras dan makanan asas telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Petanak.

Bantuan itu merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo, bagi membantu keluarga yang terkesan  di situ yang menjalani kuarantin di rumah.

Ia diagihkan oleh Penghulu Edmund Inu, KK Will Plin, KK Kuheng Akup dan dibantu oleh ahli Parti PBB/GPS dari rumah ke rumah dengan pengamalan prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat

KK Will turut mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yussibnosh serta bantuan daripada sukarelawan yang terlibat.-EDISI UKAS

Share

add comment