Datuk Roland Meneruskan Siri Lawatan Ke Kebun Para Petani Di DUN Tarat

KHAMIS, 22 APRIL 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn meneruskan siri lawatan beliau ke kebun-kebun para petani di Kampung Chupak dan Kampung Skuduk pada Rabu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat berkata, seperti lawatan sebelum ini para petani diberikan tunjuk ajar dan nasihat oleh pegawai pertanian mengenai penjagaan tanaman di kebun mereka.

Jelasnya, pegawai yang berkenaan turut menerangkan bantuan pertanian yang boleh dipohon oleh para petani.

“Antara hasil tani dan ternakan yang diusahakan oleh petani yang dilawat pada hari ini (Rabu) adalah cendawan tiram kelabu, nenas, kopi, durian dan ternakan ayam,” katanya.

Sebelum memulakan lawatan, beliau telah menyempurnakan simbolik penyerahan Baja Pemulihan Durian Bagi Zon Serian di Kampung Skuduk. –EDISI UKAS