KWKPK Sumbang 10,050 Kotak Sumbangsih Raya Gawai 

KHAMIS, 22 APRIL 2021

KUCHING :  Sebanyak 10,050 kotak Sumbangsih Raya Gawai yang telah dan akan diagihkan kepada  barisan hadapan sebagai menghargai pengorbanan dan komitmen mereka dalam menjaga keamanan negeri semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak kelak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 15 agensi akan menerima sumbangan tersebut termasuk mereka yang berhubung rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) serta perawat pesakit COVID-19. 

 “Kita kelak akan menagihkannya kepada 15 agensi kesemuanya.

“Yang baru dimasukkan dalam senarai ialah agensi yang ada kaitan dengan SDMC dan juga agensi yang merawat pesakit COVID-19.” katanya semasa menyumbang Sumbangsih Raya Gawai Di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontijen Sarawak di Kuching pada Khamis. 

Senarai agensi penerima Sumbangsih Raya Gawai 2021 Adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jawatankuasa Bencana Bahagian, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Hospital Umum Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Mesyuarat Simbolik Penyerahan (Ketua Jabatan) dan Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri 

Dalam pada itu juga, sebanyak sebelas pembekal terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan Wanita dan Pertubuhan Keusahawanan telah dipilih berdasarkan pemilihan oleh agensi-agensi penerima melalui mesyuarat penyelarasan Sumbangsih Gawai-Raya 2021. 

Pembekal-pembekal tersebut adalah dari Pergerakan Wanita PBB (Ibu Pejabat), Dewanita (DUBS Negeri), Koperasi Wanita Sarawak Berhad (KOWASA), Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA), Helwa Hikmah (Persatuan Masakan dan Kuih Muih), Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Sarawak Indian Women Association (SIWA), Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (HQ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Usahawan Mikro Kebajikan (FAMA) – EDISI UKAS

Share

add comment