Pekebun Di Meradong Perlu Dibantu Untuk Lonjak Sektor Perladangan

KHAMIS, 22 APRIL 2021

MERADONG: Pekebun di Meradong perlu terus dibantu bagi melonjakkan sektor pertanian di daerah tersebut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, pekebun berjaya seperti Ting Sing Chiu dapat menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil yang lain di Meradong agar turut sama berusaha memajukan ladang masing-masing.

“Saya harap pihak pertanian dan Kerajaan Negeri Sarawak boleh membantu keperluan yang dia perlukan seperti menaiktaraf jalan kebun dan lain-lain lagi.

“Saya harap beliau boleh menjadi anchor farmer kepada pekebun kecil di sini. Dengan bantuan dan pengalaman beliau, kita harap dapat meningkatkan sektor pertanian di Meradong,” katanya semasa mengadakan lawatan ke ladang pertanian di Sungai Pidi Meradong pada Khamis.

Datuk Ding juga menyeru petani di Meradong yang berminat untuk menimba ilmu dengan Ting mengenai kaedah penanaman buah-buahan yang betul dan lebih menguntungkan.

Sementara itu, Ting ketika ditemuramah berkata beliau mencuba pelbagai tanaman di ladangnya dan akan terus berusaha untuk berjaya dalam sektor perladangan.

Ting mempunyai ladang seluas 150 ekar dan ditanam dengan pelbagai buah-buahan seperti avocado, dabai, durian Musang King, mangga, buah kristal dan banyak lagi.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Tahir Dullah. – EDISI UKAS

Share

add comment