Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Ke Bak Ban Kukot Waterfall Bermula Ogos 2021

KHAMIS, 22 APRIL 2021

KUCHING: Pembinaan laluan pejalan kaki sejauh 3.5 kilometer ke Bak Ban Kukot Waterfall,  lKampung Sadir dijangka dimulakan pada Ogos 2021.

Menteri Muda Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250,000 bagi membina laluan tersebut.

Rombongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Mambong telah melakukan lawatan ke tapak projek itu pada Selasa.

Menurut Pegawai khasnya Robert Keron Mapus, projek tersebut bertujuan memendekkan masa perjalanan pengunjung untuk pergi dan balik bagi menikmati keindahan air terjun Bak Ban Kukot yang turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan tempat persalinan.

Katanya, projek itu merupakan salah satu agenda pembangunan eko-pelancongan yang di bawa ke kawasan Ulu Padawan yang kaya dengan keindahan air terjun dan alam semulajadi yang unik.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kampung Sadir, iaitu Micheal Uok pula menzahirkan perasaaan gembira dan berterima kasih kepada Datuk Dr Jerip kerana sentiasa prihatin dengan pembangunan infra di kawasan Ulu Padawan.-EDISI UKAS

Share

add comment