RANDO Bahagian Mukah Hantar Makanan Kepada 11 Rumah Panjang Jalani PKPD

KHAMIS, 22 APRIL 2021

MUKAH: Sebanyak 101 bakul makanan diagihkan kepada 11 buah rumah panjang di sekitar Sungai Duan, Bukut yang diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Penghantaran bantuan itu digerakkan RANDO Bahagian Mukah yang dipengerusikan Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir sambil dibantu pihak ATM, Polis, Rela dan JPAM pada Rabu.

Menurut wakil Residen Bahagian Mukah, Peleadzman Ahip, sumbangan tersebut merupakan bantuan susulan daripada sumbangan yang telah diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah sebelum ini.

Senarai rumah panjang yang menerima bantuan ialah Rumah Budin (6 pintu), Rumah Jiram (12 pintu), Rumah Lindan (5 pintu), Rumah Nyaun (1 pintu), Rumah Migi (5 pintu), Rumah Stevenson/Subing (14 pintu), Rumah Kinseng (6 pintu), Rumah Muda (14 pintu), Rumah Ambo (14 pintu), Rumah Tangkun/Draman (14 pintu) dan Rumah Dingun (10 pintu). – EDISI UKAS

Share

add comment