KHAMIS, 22 APRIL 2021
LAMBIR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat telah mengadakan tinjauan ke atas Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Rumah Nunong Sigat pada Rabu.
Projek RTP Memasang Jubin Rumah Nunong yang bernilai RM60,000 ini sedang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik.
Dalam tinjauan itu, beliau berpuas hati dengan hasil kerja dan mengharapkan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual.
Sepanjang tinjauan itu juga, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) turut dipraktikan bagi mengelak penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS