Tiga Projek RTP Bakal Beri Manfaat kepada Rakyat, KMKK Perlu Pantau Pelaksanaan Kerja

KHAMIS, 22 APRIL 2021

SADONG JAYA: Sebanyak tiga projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar iaitu projek bagi menaik taraf Tua Pekong, Bangunan SJKC Semera dan bangunan SJKC Jemukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di setiap kampung hendaklah sentiasa memantau kerja-kerja bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

“Ketua Masyrakat dan Ketua Kaum (KMKK) di setiap kampung hendaklah sentiasa memantau kerja-kerja bagi setiap projek yang dilaksanakan supaya penduduk kampung berpuas hati dengan kerja pihak kontraktor yang dilantik oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika melakukan tinjauan dan pemeriksaan tapak projek naik taraf Tua Pekong, Bangunan SJKC Semera dan naik taraf bangunan SJKC Jemukan pada Rabu.

Dalam pada itu, penduduk Kampung Semera Cina, SJKC Semera dan SJKC Jemukan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ADUN Sadong Jaya atas usaha gigih beliau untuk membangunkan kawasan Sadong Jaya khususnya di Kampung Semera.-EDISI UKAS

Share
0