11 Kompaun Dikeluarkan Hasil Operasi Bersepadu Di Serian

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SERIAN : Pihak Majlis Daerah Serian telah menjalankan Operasi Bersepadu Pematuhan SOP COVID-19 kepada orang awam dan premis perniagaan di sekitar Pasar Serian, Simpang Gedong dan Pasar Balai Ringin, pada Jumaat.

Antara agensi yang terlibat ialah pihak Polis Serian, Pejabat Kesihatan Bahagian Serian, Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan UKAS Bahagian Serian.

Menurut Residen Bahagian Serian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Serian Tuah Suni, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk meningkatkan penguatkuasaan kepada pematuhan SOP bagi menyedarkan rakyat dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Menerusi rondaan yang memfokuskan kawasan tumpuan awam seperti pasar basah, pasar tani, pasaraya, kedai dan tempat makan itu, 11 kompaun telah dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment