127 Golongan Sasar Terima Bakul Makanan “Sentuhan Rohani” Infaq Ramadan

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SEBUYAU: Seramai 127 penerima yang terdiri dari golongan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan mualaf menerima sumbangan bakul makanan “Sentuhan Rohani” Infaq Ramadan 2021.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyumbangkan sumbangan bakul makanan tersebut kepada penduduk dari Kampung Sawmill, Kampung Masjid, Kampung Hulu dan Kampung Lot.

Program agihan bantuan makanan itu telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Sebuyau dengan kerjasama Persatuan Sukarelawan Kebajikan Sebuyau.

Penyampaian telah disampaikan oleh Penghulu Abu Seman bersama pihak Jawatankuasa Sukarelawan yang mewakili Dato Sri Rohani. -EDISI UKAS

Share

add comment