32 Keluarga Di Muara Tuang Terima Bantuan Bekalan Makanan Ehsan

JUMAAT, 23 APRIL 2021

MUARA TUANG: Sebanyak 32 keluarga di 14 kampung di kawasan Muara Tuang menerima bantuan bekalan makanan ehsan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang pada Khamis.

Bantuan tersebut adalah bagi meringankan beban keluarga yang telah diarahkan menjalani kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengagihan bantuan bekalan makanan ehsan itu dilakukan oleh First Response Team Muara Tuang ke Kampung Barie Kuhas (1 keluarga), Tian Sekawan (2 keluarga), Tian Mawang (4 keluarga), Raeh (1 keluarga), Murud Plaman (5 keluarga), Bedega (1 keluarga), Plaman Baki (1 keluarga), Meranek (1 keluarga), Bangka Semong (1 keluarga), Melayu (3 keluarga), Lubuk Ria (5 keluarga), Tanjung Bundong Tradisi (3 keluarga), Tanjung Bundong Lot (2 keluarga) dan Muara Tuang (2 keluarga).

Pada masa yang sama, Dato’ Idris Buang turut mengingatkan penduduk di kawasan DUN Muara Tuang agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM bagi mengekang penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS