68 Petugas Barisan Hadapan Bukan KKM Di Daro Terima Suntikan Dos Kedua

JUMAAT, 23 APRIL 2021

DARO: Pemberian vaksin dos kedua bagi Daerah Daro diteruskan pada Khamis dengan membabitkan seramai 68 petugas barisan hadapan bukan KKM.

Program bermula jam 9 pagi itu diadakan di Dewan Masyarakat Daro yang merupakan tempat utama pemberian vaksin bagi Program Immunisasi Kebangsaan Daerah Daro.

Ini juga merupakan simulasi bagi pemberian vaksin kepada orang ramai kelak supaya susun atur dan langkah yang dibuat dapat diguna pakai untuk hari kejadian bagi pemberi vaksin kepada orang ramai.

Dalam pada itu juga, pihak CITF Daro telah bersedia untuk melaksanakan program berkenaan.

Manakala pada 25 April ini akan diadakan pemberian vaksin dos kedua kepada 108 lagi petugas barisan hadapan bukan KKM serta Ahli Parlimen. – EDISI UKAS

Share

add comment