ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Makanan Kepada 41 Isi Rumah Yang Dikuarantin

JUMAAT, 23 APRIL 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah menyerahkan bantuan makanan kepada ketua kampung sebagai wakil penduduk yang menjalani tempoh kuarantin di Kampung Paya Mebi dan Taman Indah Landeh pada Khamis.

Beliau memberitahu, sumbangan bantuan makanan tersebut adalah merupakan sumbangan daripada orang awam termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bahagian Kuching.

“Sebanyak 36 keluarga di Kampung Paya Mebi telah dikuarantin, manakala lima keluarga lagi di Taman Indah Landeh.

“Sumbangan ini amat bermakna bagi keluarga yang sedang menjalani tempoh kuarantin ini kerana kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Selain itu, Lo Khere Chiang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dengan sumbangan tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment