ADUN Batu Kitang Terus Serah Sumbangan Kepada Penduduk Yang Dikuarantin

JUMAAT, 23 APRIL 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang meneruskan program penyerahan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk yang dikuarantin di kawasan Batu 6 ½ Jalan Penrissen, Kuching pada Jumaat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan itu memberitahu, beliau telah menerima sebanyak 100 beg beras 10 kilogram daripada seorang penderma bernama Liu Ying Po dan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kuap Cina.

Sumbangan tersebut kemudiannya diagihkan kepada Ketua Masyarakat Dan Ketua Kampung (KMKK) untuk diserahkan kepada keluarga yang sedang menjalani tempoh kuarantin di kawasan Batu Kitang.

Tambahnya lagi, ia adalah menjadi kewajipan sebagai wakil rakyat membantu penduduk setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Jelasnya, Pusat Khidmat Cawangan Batu Kitang bekerjasama dengan Persatuan Pergerakan Kemajuan (PPPK) Kota Padawan telah membantu kira-kira 100 orang yang terdiri daripada lebih 35 buah keluarga.

Sehubungan itu, Lo Khere Chiang merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. –EDISI UKAS

Share
0