ADUN Mulu Sumbang Minuman Kepada Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 23 APRIL 2021

MULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah memberikan sumbangan berupa air minuman dan dua buah kipas kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Rumah Merikan Lobang Kompeni Marudi pada Khamis. 

Sumbangan telah disampaikan wakilnya Tuai Rumah Jimbau Ena kepada petugas barisan hadapan yang bertugas. 

Ketika ditemui, Dato Gerawat Gala yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memberitahu sumbangan ini diharap dapat memberikan semangat kepada petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugasan harian. 

“Saya sedar tugas dan pengorbanan mereka amat besar di mana mereka mengadaikan nyawa untuk melawan wabak pandemik COVID-19.

“Saya juga meminta penduduk dan mereka yang terjejas supaya bersabar dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya. 

Tambahnya lagi, penduduk yang terjejas juga hendaklah  sentiasa bekerjasama dengan petugas barisan hadapan. 

Turut diberikan bantuan kepada ptugas barisan hadapan yang bertugas di Jalan Cempaka Marudi. -EDISI UKAS

Share

add comment