ADUN Pantai Damai Tinjau Projek Jalan Kampung Santubong Yang Diturap Baharu

JUMAAT, 23 APRIL 2021

KUCHING: Penduduk di Kampung Santubong kini memiliki jalan baharu yang telah diturap.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meluangkan masa meninjau jalan yang telah diturap di kampung tersebut.

Kerja penurapan jalan itu telah dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Projek tersebut juga membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dengan keperluan rakyat dalam tempoh masa panjang. -EDISI UKAS

Share

add comment