ADUN Pantai Damai Tinjau Tanah Susur Di St Nicholas Chapel

JUMAAT, 23 APRIL 2021

KUCHING: Prihatin dengan kerosakan pada bahagian jalan dan pagar St Nicholas Chapel di Bandar Baru Samariang akibat kejadian tanah susur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi turun padang melakukan tinjauan di situ.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) melakukan lawatan ke situ pada Khamis bagi meninjau keadaan tanah susur yang berlaku di bahagian luar Chapel itu.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) kemudian membuat penilaian awal dan akan menyediakan pelan cadangan pembaikan dalam masa terdekat ini.-EDISI UKAS

Share

add comment