Aidel Lariwoo Tinjau Projek Jalan Berturap Ke Masjid Kampung Pelandok

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo turun padang pada Khamis bagi meninjau projek jalan berturap ke Masjid Kampung Pelandok yang telah siap sepenuhnya.

Semasa tinjauan tersebut, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepada semua penduduk kampung di kawasan Sadong Jaya supaya sentiasa membudayakan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada ADUN Sadong Jaya atas usaha beliau membawa pembangunan ke Kampung Pelandok. -EDISI UKAS

Share
0