Dato Sri Wan Junaidi Sumbang Bantuan Makanan Kepada 846 Penduduk Taman Mesra Bako

JUMAAT, 23 APRIL 2021

KUCHING: Susulan daripada pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra Bako, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri (Dr) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyumbang bantuan makanan kepada penduduk di situ pada Khamis.

Seramai 846 orang penduduk yang mendiami 156 kediaman yang terkesan menerima bantuan makanan tersebut.

Sementara itu, ketika ditemui, Dato Sri Dr Wan Junaidi berkata, bantuan makanan tersebut adalah bagi menambah bantuan makanan yang sedia ada kepada penduduk Taman Mesra Bako.

“Oleh kerana penduduk di sini tidak dibenarkan untuk keluar maka kita dari Pusat Khidmat Parlimen Santubong bersedia menghantar bantuan makanan.

“Sumbangan barang makanan tambahan seperti makanan basah bagi membolehkan penduduk di kawasan ini memasak makanan mengikut citarasa mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu akan membantu semampu yang boleh bagi meringankan beban penduduk di kawasan tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment