Penutupan Sementara Laluan Memotong Lebuhraya Pan Borneo Kawasan Lachau dan Kampung Rapak

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SRI AMAN : Laluan memotong lebuhraya Pan Borneo di kawasan Lachau dan Kampung Rapak akan ditutup sementara sehingga bulan Jun 2021.

Sehubungan dengan itu, notis pemberitahuan mengenai penutupan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman baru-baru ini.

Dimaklumkan, Pejabat Residen Sri Aman dan Pejabat Daerah juga turut menerima memo rasmi bagi membuat penghebahan kepada orang awam.

Oleh yang demikian, pengguna-pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment