Peruntukan Khas Perdana Menteri & KGC Diserah Dalam Program Tahunan SABERKAS

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SERIAN: Program Tahunan Penyerahan Bubur Lambuk anjuran SABERKAS Tarat pada tahun ini diadakan secara norma baharu, yang mana pengagihan diadakan dari rumah ke rumah.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn, bertempat di Kampung Lintang Baru, pada Khamis.

Dalam program sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, menyampaikan Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjumlah RM10,000 kepada wakil penerima Kelab Belia Kampung Lintang Baru bagi tujuan pelaksanaan program serta aktiviti.

Di kesempatan itu juga, turut disampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada Ketua Kampung Lintang Baru, Deris Bongyang mewakili penerima-penerima KGC di kampung tersebut. -EDISI UKAS

Share
0