PKPD: 318 Penduduk Kampung Sileng Dayak Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 23 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 318 penduduk Kampung Sileng Dayak di sini menerima pek makanan yang mencukupi bagi tempoh 2 minggu berdasarkan jumlah isi rumah masing-masing.

Bekalan makanan untuk tempoh 2 minggu itu telah diagihkan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lundu pada Jumaat.

Pihak Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu juga telah menyampaikan sumbangan berupa telur untuk diedarkan kepada semua ketua isi rumah terjejas.

Untuk rekod, Kampung Sileng Dayak, Lundu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment