Program Imunisasi COVID-19 Fasa Dua Di Sri Aman Bermula

JUMAAT, 23 APRIL 2021

SRI AMAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bahagian Sri Aman untuk fasa kedua telah bermula pada 23 hingga 27 April 2021.

Fasa kedua ini akan mengutamakan warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan lain-lain.

Seramai 588 penerima vaksin menerima vaksin tersebut yang mana 264 penerima vaksin di Dewan Suarah Sri Aman dan 324 penerima akan menerima vaksin di Hospital Sri Aman.

Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit semasa meninjau ke pusat pemberian vaksin di Dewan Suarah Sri Aman pada Jumaat, melahirkan rasa gembira melihat ramai warga emas yang hadir untuk mendapatkan vaksin.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar masyarakat di kawasan pendalaman untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui ketua-ketua masyarakat di kawasan berkenaan atau di Pejabat Daerah serta Klinik kesihatan yang berdekatan.

Seawal jam 8 pagi, pusat pemberian vaskin itu sudah mula dikunjungi oleh penerima vaksin dan program berlangsung dalam keadaan yang terkawal.-EDISI UKAS

Share

add comment