JUMAAT, 23 APRIL 2021
SERIAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bahagian Serian fasa kedua bermula pada 23 hingga 24 April 2021 dan seterusnya pada 30 April 2021.
Dalam program yang berlangsung pada hari ini, seramai 336 penerima vaksin yang berumur antara 64 hingga 90 tahun telah dihubungi untuk menerima vaksin.
Proses vaksinasi telah bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang bertempat di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Masyarakat Serian.
Manakala temujanji vaksinasi seterusnya adalah pada esok (24 April) dengan jumlah penerima vaksin adalah seramai 336 orang yang berusia antara 61 hingga 64 tahun.
Seterusnya, seramai 144 penerima vaksin berusia antara 23 hingga 83 tahun pula akan menerima vaksin pada 30 April 2021.
Sementara itu, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni ketika ditemuramah menyeru mereka yang tiada akses kepada aplikasi MySejahtera supaya merujuk kepada pejabat atau Klinik Kesihatan terdekat, Pejabat Daerah dan Pejabat Residen untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19. -EDISI UKAS