Projek Bina Baru Jambatan Sungai Peruntung, Kampung Nyabor Rancak Dilaksanakan

JUMAAT, 23 APRIL 2021

NYABOR: Projek bina baru jambatan di Sungai Peruntung, Kampung Nyabor, Kabong yang sedang rancak dilaksanakan bakal memberi memberi manfaat kepada penduduk apabila ia siap kelak.

Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir bagi Tahun 2020 itu sedikit tersasar dari jadual asal susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Mohd Chee berkesempatan meninjau pelaksanaan projek yang menelan kos sebanyak RM400,000 itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, ADUN Kabong berkesempatan menziarahi seterusnya menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada warga emas, Habsah Jeli (86 tahun) yang mengalami masalah kaki dan menyukarkan beliau melakukan aktiviti harian sejak tiga tahun yang lalu.

Hadir sama Ketua Kampung Kampung Nyabor Baru, Bakihan Nani dan Ketua Kampung Nyabor Lama, Abang Ahmad Abang Ali. – EDISI UKAS

Share

add comment