JUMAAT, 23 APRIL 2021
PANTU : Kerja-kerja penyambungan saluran paip air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang sedang dijalankan dari Sungai Tengang hingga ke Simpang Pantu dan disambungkan ke Loji Perawatan Air Pantu, menyebabkan penduduk setempat terputus bekalan air.
Hal yang demikian kerana, ia merupakan saluran air paip utama yang menyalurkan air ke kawasan itu.
Dalam masa yang sama, Projek Lebuhraya Pan Borneo yang masih menjalankan kerja-kerja pembinaan juga antara faktor melambatkan kerja kerja penyambungan saluran air paip tersebut.
Setelah kedua-dua kerja pembinaan berkenaan siap, dipercayai masalah bekalan air di kawasan itu dapat diatasi sepenuhnya. -EDISI UKAS