RM500,000 Dilulus Pasang Lampu Jalan Kampung Ranchak Ke Jambatan Merah Bintangor

JUMAAT, 23 APRIL 2021

BINTANGOR: Pengguna jalan raya di Jalan Bintangor-Sarikei kini boleh menarik nafas lega apabila laluan pintas ke bandar Sarikei itu akan diterangi cahaya lampu jalan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan untuk memasang 115 lampu jalan dengan kos sebanyak RM500,000.

“Lampu jalan ini akan dipasang dari jalan berselekoh kampung Ranchak hingga ke Jambatan Merah Bintangor,” katanya ketika ditemui semasa meninjau kerja-kerja pemasangan tiang lampu berkenaan pada Jumaat.

Beliau berharap dengan siapnya pemasangan lampu jalan itu akan memudahkan pengguna jalan raya pada waktu malam terutamanya penunggang motorsikal.

Pada program berasingan, Datuk Ding turut menyampaikan sumbangan kepada Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Bintangor Sempena Program Prihatin Gigi. EDISI UKAS

Share

add comment