Tiada Apa-Apa Kesan Sampingan Selepas Menerima Suntikan Vaksin COVID-19

JUMAAT, 23 APRIL 2021

MIRI: Beberapa orang warga emas yang menerima suntikan vaksin COVID-19 mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak yang memberi dan menyediakan kemudahan semasa menerima suntikan vaksin COVID-19 kepada warga emas. 

Malah, mereka turut memberitahu tidak menerima apa-apa kesan sampingan selepas suntikan vaksin COVID-19. 

Thomas Leong, 81 tahun mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang menyediakan Program Vaksinasi COVID-19 ini kepada warga emas bagi memastikan masyarakat selamat. 

“Saya berasa gembira berada di sini. 

“Usaha Kerajaan Sarawak menyediakan vaksinasi ini bagi memastikan rakyat selamat, boleh hidup lama dan sihat,” katanya semasa ditemui selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Eastwood pada Jumaat. 

Sementara itu, bagi Kong Shaw Kian, 82 tahun, memberitahu dirinya tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

“Saya berasa agak ok. 

“Tiada kesan sampingan dan sangat bagus. 

“Tiada apa-apa yang berlaku setakat ini selepas suntikan,” katanya. 

Manakala, Lim Eng Guan, 81 tahun memberitahu dirinya turut tidak mengalami apa-apa kesan sampingan selepas menerima suntuk vaksin COVID-19. 

“Terima kasih atas suntikan ini. 

“Saya berasa sangat sihat dan tiada apa-apa selepas mengambil suntikan vaksin ini,” katanya. 

Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Fasa Kedua di Bahagian Miri bermula hari ini hingga 29 April 2021 dengan seramai 3,510 orang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di tiga pusat vaksinasi dibuka kepada orang awam iaitu di Dewan Eastwood, Hospital Besar Miri dan Hospital Marudi. -EDISI UKAS

Share

add comment