55 Keluarga Di Muara Tuang Terima Bantuan Bekalan Makanan Ehsan

SABTU, 24 APRIL 2021

MUARA TUANG: Sebanyak 55 buah keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang telah menerima bantuan bekalan makanan ehsan pada Jumaat.

Bantuan tersebut merupakan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang bagi meringankan beban keluarga yang telah diarahkan menjalani kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dato’ Idris berkata, beliau berharap agar Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan DUN Muara Tuang untuk sentiasa berwaspada serta memantau keadaan semasa di kampung masing-masing.

Beliau turut mengingatkan penduduk agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM bagi memastikan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Pengagihan bantuan bekalan makanan ehsan itu dilakukan oleh Pasukan Respons Pertama Muara Tuang atau First Response Team Muara Tuang kepada lapan keluarga di Kampung Nakong, Kampung Tanah Putih (39), Kampung Murud Mawang (1), Kampung Melayu (6) dan Kampung Endap (1).-EDISI UKAS

Share

add comment