ADUN Kedup Puji Semangat Muafakat Dan Toleransi Penduduk Kampung Muara Mongkos

SABTU, 24 APRIL 2021

SERIAN: Program Jerayawara Bubur Lambuk 2021 anjuran SABERKAS Cawangan  Kedup yang julung kali diadakan telah menghimpunkan seramai 30 orang jemaah dari Kampung Muara Mongkos, bertempat di Masjid Miftahul Jannah, pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup merangkap Naib Presiden SABERKAS Negeri Sarawak,Martin Ben dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan tahniah atas kerjasama baik yang ditunjukkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Penganjur dan AJK Masjid  termasuk para jemaah dalam menjayakan program sedemikian.

Beliau berharap semangat bermuafakat dan toleransi diantara penduduk walaupun berbeza agama dapat dikekalkan agar perancangan kampung dan penganjuran aktiviti dapat dijalankan mengikut perancangan.

Disamping mengagihkan bubur lambuk kepada 17 orang jemaah, Martin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada AJK Masjid bagi mengurus dan mengadakan aktiviti dalam usaha mengeratkan lagi perpaduan antara penduduk.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Parti PBB Cawangan Kedup,Bill Thomas Junggu, Pengerusi SABERKAS Cawangan Kedup,Janie Limin, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Kedup,Redwan Abdullah, Pengerusi SABERKAS Kampung Sri Menanti,Raiman Abdullah, Pengerusi Masjid Miftahul Jannah,Ustaz Daud Aseng Abdullah, Ketua Kaum Kampung Muara Mongkos,Ameng Paul serta Ketua Kaum Kampung Mentu Mawang,Polus Gahat. -EDISI UKAS

Share

add comment