ADUN Tanjong Datu Tinjau Perkembangan Kes COVID-19 Di SMK Lundu

SABTU, 24 APRIL 2021

LUNDU: Prihatin dengan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu yang terjejas susulan terdapat dua kes positif di sekolah berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu turun padang meninjau situasi di situ pada Sabtu.

Lawatan kerja itu juga bagi mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pengurusan sekolah berkenaan dengan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada pelajar SMK Lundu dan sumbangan makanan kepada petugas di sekolah berkenaan.

Pengesanan kes secara aktif (ACD) turut diadakan bagi mengesan kontak rapat susulan terdapat seorang guru dan seorang pelajar yang disahkan positif COVID-19 pada Jumaat.

Hadir sama mengiringi Datuk Amar Jamilah Anu ialah Residen Bahagian Kuching, Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani dan Pengetua SMK Lundu, Adzuddin Mantrang. -EDISI UKAS

Share

add comment