Bina Baharu Dinding Penahan Tebing Sungai Kampung Temong Putah Kini Siap Sepenuhnya

SABTU, 24 APRIL 2021

TEBEDU: Projek bagi membina baharu dinding penahan tebing Sungai Kampung Temong Putah kini telah siap sepenuhnya bagi menghalang berlakunya hakisan tebing sungai yang berterusan.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM140,000 itu merupakan Projek Mesra Rakyat (PMR) melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, Dato Sri (Dr) Richard Riot Jaem.

Ketua Kaum, Robinson Toi memberitahu, projek tersebut telah siap sepenuhnya pada bulan Mac lepas.

Beliau menzahirkan rasa syukur akhirnya projek yang telah dipohon itu telah dapat direalisasikan pada tahun ini.-EDISI UKAS

Share

add comment