Cadangan Pembinaan Pusat Sukan Dan Rekreasi Kawasan Mongkos Bermanfaat Kepada Penduduk

SABTU, 24 APRIL 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup,Martin Ben dalam lawatan kerjanya pada Jumaat telah meninjau dan menentusahkan status tanah bagi cadangan Pembinaan Pusat Sukan dan Rekreasi Kawasan Mongkos di tanah kerajaan Sungai Kedup Land District seluas 2.2 ekar.

Menurut Martin, pusat tersebut akan menempatkan Dewan Konvensyen, Gelanggang Futsal, Badminton, Bola jaring, Bola keranjang, Sepak takraw, Bengkel Pertukangan dan Pusat Warisan yang bermanfaat kepada penduduk-penduduk dari 15 buah kampung di Daerah Mengundi Kedup dan Mongkos.

Tambahnya, proses permohonan bagi cadangan pembinaan tersebut akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan sekiranya diluluskan, ia kelak dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 5 tahun.

Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Tebedu,Joseph Liaw, Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Daerah, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian,Fevelyn Fizza Johpary, Penghulu Bidayuh Kawasan Batang Kedup,Philip Aon Singgang, Ketua Kaum Kampung Bunan Gega,Albert Andrew Ruha, Ketua Kaum Kampung Bunan Punok,Paulus Kayam, Ketua Kaum Kampung Mentu Mawang,Polus Gahat, Ketua Kaum Kampung Mapu Kijabu,Kulin Pie-e serta Ketua Kaum Kampung Mapu Tantu,Akim Jandar. -EDISI UKAS

Share
0