PBB Cawangan N25 Simunjan Teruskan Program Agih Bubur Lambuk

SABTU, 24 APRIL 2021

SIMUNJAN: Program pengagihan bubur lambuk sempena Ramadan diteruskan lagi oleh Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan N25 Simunjan dan kini diadakan di Zon 3 Sungai Apin.

Pengagihan kali ini melibatkan empat kampung yang terdiri daripada Kampung Selangking, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Sungai Apin dan Kampung Pantong Melayu.

Program pada petang Sabtu itu dilakukan secara gotong-rotong memasak bubuk lambuk yang melibatkan ahli-ahli Parti PBB Cawangan N25 Simunjan dan Ranting PBB di Zon 3 Sungai Apin.

Antara masjid dan surau yang terlibat dengan pengagihan bubur lambuk itu adalah Surau Kampung Selangking, Masjid Kampung Tanjung Harapan, Masjid Kampung Sungai Apin dan Surau Kampung Pantong Melayu.

Sebanyak 600 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB N25 Simunjan, Bojeng Ali yang mewakili ADUN Simunjan, Awla Dris.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Wanita PBB Cawangan N25 Simunjan, Rosita Poni, Ketua Pemuda Cawangan N25 Simunjan, Mohamad Alsaqaf Mohd Jaafar dan ketua-ketua kampung setiap kampung yang terlibat. -EDISI UKAS

Share

add comment