Seramai 316 Penduduk Kampung Sileng Dayak, Lundu Jalani ACD

SABTU, 24 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 316 penduduk Kampung Sileng Dayak di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjalani pengesanan kes secara aktif (ACD) pada Jumaat.

ACD dilaksanakan bagi mengesan kes-kes positif lain di dalam kampung berkenaan susulan terdapat dua kes positif telah dikesan di situ.

Program yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani itu turut berjalan dengan lancar dan terkawal.

Untuk rekod, Kampung Sileng Dayak, Lundu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment