36 Lagi Individu Di Mukah Lengkapkan Dos Kedua Vaksin COVID-19

AHAD, 25 APRIL 2021

MUKAH: Seramai 36 lagi individu melengkapkan dos kedua suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama yang diadakan di Dewan Suarah Mukah pada Ahad.

Ketika Ditemubual UKAS, rata-rata penerima menyatakan rasa lega selepas melengkapkan dos masing-masing.

Bagi Bujang Urie, Guru di SMK Three Rivers, beliau menyeru orang ramai untuk tidak berasa was-was menerima vaksin.

Menurutnya, pengambilan vaksin bagus untuk diri bagi mencegah daripada jangkitan virus COVID-19 ini.

Guru SMK St. Patrick, Johny Poon pula merakamkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menyediakan vaksin kepada masyarakat di Mukah.

Turut senada Guru SK Datuk Awang Udin, Helen Kueh Ai Ping yang mahu orang ramai tampil untuk mendapatkan vaksin bagi yang belum menerimanya.

Katanya, suntikan vaksin memberi seseorang individu itu lapisan keselamatan untuk diri mereka sendiri.

Proses vaksinasi dilaksanakan dengan lancar oleh CITF Bahagian Mukah. – EDISI UKAS

Share

add comment