400 Bungkusan Bubur Lambuk & Kurma Diagihkan Di Sebuyau

AHAD, 25 APRIL

SEBUYAU: Sebanyak 400 bungkusan bubur lambuk dan kurma diagihkan oleh Pusat Khidmat DUN Sebuyau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hilir Sebuyau pada Sabtu.

Pengagihan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi JKKK Kampung Hilir Sebuyau, Mohamad Yassin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Bubur lambuk dan kurma itu telah diagihkan di Kampung Hilir, Kampung Baru, Kampung Giat Mara, Kampung Lereng Bukit, Kampung Seberang dan kepada petugas barisan hadapan.

Program tahunan yang diadakan itu adalah sebagai memeriahkan sambutan bulan Ramadan setiap tahun.

Kerja-kerja pengagihan bubur lambuk dan kurma tersebut dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0