Penduduk Bersyukur Terima Sumbangan Bubur Lambuk & Kurma Daripada ADUN Sebuyau

AHAD, 25 APRIL 2021

SEBUYAU: Sebanyak 76 bungkusan bubur lambuk dan buah kurma diagihkan kepada penduduk Kampung Segali pada Ahad.

Sumbangan bubur dan buah kurma daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi itu amat dihargai oleh penduduk kampung berkenaan.

Pengagihan tersebut telah disempurnakan oleh Saini Busamah mewakili Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau dan yang juga mewakili Datuk Julaihi Narawi.

Program tersebut diadakan secara bergotong-royong untuk memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Penduduk setempat juga merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi kerana menyalurkan peruntukan untuk menjalankan program seumpamanya. -EDISI UKAS

Share

add comment