ADUN Lingga Sumbang Bantuan Kepada Penduduk Di Maludam

AHAD, 25 APRIL 2021

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga menyerahkan sumbangan sempena Ramadan kepada penduduk di Kampung Maludam, Pusa.

Sebanyak 888 bantuan berupa beras makanan dan minuman telah dihantar untuk diagihkan pada Ahad.

Ini susulan daripada beberapa keluarga di kawasan terbabit diarahkan untuk kuarantin kendiri di rumah.

Namun atas dasar keprihatinan beliau, bantuan itu disediakan untuk keseluruhan pintu rumah penduduk di Maludam dan Triso.

Turut disumbangkan adalah buah kurma dan selasih serta sumbangan RM50 bagi setiap seorang golongan asnaf seperti orang kurang upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Betong, Tarip Kidi , Ahli Majlis Daerah Sri Aman, Bakhtiar Mathan, wakil Pusat Khidmat DUN Lingga Norsiah Kamel serta Penghulu Kampung Maludam, Maszain Ahmad Rais.-EDISI UKAS

Share

add comment