ADUN Tarat Tinjau PKPD Di Kampung Rayang, Serian

AHAD, 25 APRIL 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn turun padang meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Rayang, Serian pada Sabtu.

Dalam tinjauan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat telah melakukan simbolik penyerahan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Serian.

Bantuan itu akan diagihkan kepada 334 buah keluarga melibatkan 1,295 orang penduduk di situ.

Dalam pada itu, beliau turut mendengar taklimat berhubung maklumat terkini PKPD Rayang.

Hadir sama, Residen Bahagian Serian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Bahagian Serian, Tuah Suni dan Pegawai Kebajikan Bahagian Serian Evelyn Buda.-EDISI UKAS

Share

add comment