BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di SMK Paku

AHAD, 25 APRIL 2021

BAU : Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau telah melakukan sanitasi awam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku pada Sabtu.

Ketua BBP Bau, Tawang Lingem berkata sanitasi awam itu dilakukan adalah bertujuan membersihkan sekolah agar bebas dari jangkitan wabak COVID-19.

“Pihak sekolah membuat permohonan melakukan sanitasi, berikutan terdapat seorang pelajarnya positif COVID-19,” katanya.

Tambahnya, proses sanitasi yang melibatkan 11 anggota bomba itu membabitkan blok pentadbiran, blok dewan sekolah, kantin sekolah, dewan makan serta bahagian luar dan dalam bilik kelas. -EDISI UKAS

Share

add comment