Penduduk Di Parlimen Serian Perlu Proaktif Kekang Penularan Wabak COVID-19

AHAD, 25 APRIL 2021

SERIAN: Semua penduduk kampung di kawasan Parlimen Serian perlu proaktif dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Ahli Parlimen Serian merangkap Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun, Taiwan dan Korea Selatan, Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, ketua kaum dan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung berperanan penting bagi memastikan semua penduduk dilindungi daripada wabak berkenaan.

Jelasnya, mereka perlu memaklumkan dengan segara kepada pihak polis dan Pejabat Daerah mengenai aktiviti yang berlaku di kampung.

“Lebih-lebih lagi jika ada kes kematian di dalam kampung, semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab mereka agar prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi semasa dan selepas upacara pengkebumian,” katanya semasa program khas di Kampung Pichin pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, isu melibatkan cadangan pembukaan kuari di Gunung Sinmajau perlu disiasat terlebih dahulu.

Tegasnya, tindakan itu penting bagi memastikan tiada masalah yang tercetus melibatkan penduduk kampung kelak. -EDISI UKAS

Share

add comment