Proses Sanitasi Awam Di Masjid Kampung Lidah Tanah

AHAD, 25 APRIL 2021

BAU: Proses sanitasi awam telah dilakukan oleh pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau di Masjid Nurul Asyikin Kampung Lidah Tanah pada Sabtu.

Proses itu melibatkan tiga orang anggota dari Balai BBP Bau sebelum ia digunakan oleh penduduk kampung.

Langkah ini berikutan terdapat satu kes positif COVID-19 dilaporkan di situ baru-baru ini. -EDISI UKAS

Share

add comment