SUPP Cawangan Engkilili Siap Siaga Hadapi PRN-12

AHAD, 25 APRIL 2021

ENGKILILI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 akan datang.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, setiap ahli cawangan parti tersebut perlu bekerja keras semasa PRN-12 kelak.

“Kita juga telah membincangkan mengenai segala aktiviti yang sudah dan akan dilaksanakan oleh SUPP Engkilili,” ujarnya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SUPP Cawangan Engkilili pada Sabtu.

Sementara itu, beliau memberitahu, penyaluran geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) akan diteruskan di situ.

“Ini penting agar pengundi di kawasan berkenaan turut sama mengecapi pembangunan seperti yang dibawa oleh ADUN yang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS),” jelasnya lagi. -EDISI UKAS

Share

add comment