Umat Islam Di Sebuyau Rakam Penghargaan Kepada ADUN Sebuyau, Terima Bubur Lambuk & Kurma

AHAD, 25 APRIL 2021

SEBUYAU: Umat Islam di Sebuyau merakamkan penghargaan dan kesyukuran di atas sumbangan bubur lambuk dan kurma daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Pengagihan bubur lambuk dan kurma pada Ahad telah melibatkan lima kampung iaitu Kampung Hulu, Kampung Sawmill, Kampung Masjid, Kampung Lot dan Kampung Sangki Melayu.

Program anjuran Pusat Khidmat N.27 Sebuyau itu dilakukan secara bergotong royong sebelum diagihkan kepada penduduk kampung melalui pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung terbabit.

Dalam pengagihan itu, sebanyak 500 bungkusan bubur lambuk berserta buah kurma telah diagihkan kepada setiap ketua kampung oleh Saloma Morni, Ketua Wanita Cawangan PBB N.27 Sebuyau yang mewakili Datuk Julaihi Narawi.

Pada masa sama, ketua kaum yang hadir menerima bungkusan bubur lambuk dan kurma merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi Narawi dia atas sumbangan yang diterima pada bulan Ramadan ini. -EDISI UKAS

Share

add comment