60 Petugas Barisan Hadapan Daerah Matu Lengkap Dos Kedua Vaksin COVID-19

ISNIN, 26 APRIL 2021

MATU : Sebanyak 60 orang petugas barisan hadapan di Daerah Matu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat Isnin.

Penerima adalah terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), RELA, Polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kakitangan Pejabat Daerah Matu dan kakitangan pendidikan.

Program yang dijalankan bermula 8.30 pagi itu dilaporkan berjalan dengan lancar. -EDISI UKAS

Share

add comment