ADUN Batu Kitang Agih Bubur Lambuk Kepada Golongan Asnaf

ISNIN, 26 APRIL 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menyumbangkan sebanyak 35 bungkusan bantuan makanan kepada golongan Asnaf di Kampung Paya Mebi pada Ahad.

Pemberian sumbangan itu adalah menerusi kerjasama pihak Golf Amatur Bumiputera Sarawak dan ahli jawatankuasa Masjid Al Muhajirin.

Dalam pada itu, beliau juga telah menyempurnakan program pengagihan 500 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Biro Wanita Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Paya Mebi turut membantu menjayakan program itu dari segi penyediaan dan memasak bubur lambuk.

Selain itu, Lo Khere Chiang menyeru penduduk setempat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang bulan Ramadan ini. –EDISI UKAS

Share

add comment