ADUN Gedong Tinjau Projek Pembinaan Mini R&R Lubok Melano

ISNIN, 26 APRIL 2021

GEDONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais diiringi telah meninjau kerja pembinaan Mini Rehat dan Rawat (R & R) di persimpangan Lubuk Melano, Jalan Gedong-Simunjan.

Pembinaan Mini R&R itu adalah bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang lalu di kawasan itu supaya dapat singgah beristirehat dan dapat menggunakan tandas serta bilik air yang disediakan.

Projek tersebut dijangka siap awal bulan Mei ini termasuk kerja pembinaan tandas yang masih dalam pembinaan.

Tempat rehat ini juga akan dijadikan sebagai tempat persinggahan popular bagi

ahli-ahli kumpulan berbasikal Gedong untuk berhenti rehat sebelum meneruskan perkayuhan basikal mereka ke pelbagai destinasi seperti ke Simunjan, Ulu Simunjan malah ke Sebuyau dan Kota Samarahan. –EDISI UKAS

Share

add comment